Searching...
Wednesday, January 6, 2016
3:08 PM 0

Subhanallah! Inilah yang terjadi apabila Allah menurunkan bala bencana akibat sambutan tahun baru di Dubai yang paling buruk dalam sejarah


DUBAI: Kebakaran yang meranapkan bangunan pencakar langit di ibu kota ini pada malam sambutan Tahun Baharu, kali ketiga dalam tempoh tiga tahun, menimbulkan persoalan mengenai keselamatan bahan digunakan pada bahagian luar bangunan tinggi di seluruh rantau kaya itu.

Ratusan menara yang berkilauan muncul di negara Teluk Arab itu terutama di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar sejak ledakan pantas ekonomi dekad lalu. Reka bentuk ultra moden, ranggi sering membabitkan penggunaan banyak salutan keluli, lapisan dipasang di luar bangunan untuk hiasan, penebatan atau perlindungan.

Selepas kebakaran terbaharu di bandar ini, yang mana pihak berkuasa keselamatan berkata merebak sehingga ke luar hotel Address Downtown dan menara kediaman mewah 63 tingkat itu, pakar mempersoalkan jika lapisan dalaman menjadi punca kebakaran.

“Kebakaran yang meletus pada mercu tanda Dubai membangkitkan kebimbangan berhubung kualiti bahan digunakan bagi menyaluti bangunan di UAE,” kata akhbar utama negara itu, The National, semalam.

KESAN selepas kebakaran di lobi Hotel The Address Downtown. – Foto AFP Akhbar memetik pakar sebagai berkata, kebanyakan daripada sejumlah 250 bangunan tinggi di bandar itu menggunakan panel penyalutan dengan teras termoplastik. Panel boleh terdiri daripada tampalan plastik atau poliuretana yang diapit antara lapisan aluminium.


Pengasas Perunding Keselamatan Kebakaran CWB Britain, Phil Barry, berkata penyalutan seperti itu tidak semestinya berbahaya, namun ia mudah terbakar dalam sesetengah keadaan. “Bergantung kepada reka bentuk bangunan pencakar langit itu, ia mungkin merebakkan api menerusi tingkap ke bahagian dalam bangunan,” katanya. Barry yang bertugas sebagai perunding di negara Teluk itu pada tahun 2012 memberitahu Reuters, beliau mengenal pasti “satu aliran baharu kebakaran di bangunan tinggi,” yang mana di sesetengah tempat menunjukkan perlunya peraturan ketat ke atas kod bangunan dikuatkuasakan.

Sumber: penpelangi

0 comments:

Post a Comment