Searching...
Saturday, July 25, 2015
1:27 PM 0

Nurfaten Yusoff - "kerana kecuaian doktor kepala anak saya semakin besar"


Dana Buat Srikandi Syurga "Nur":
CIMB 7613065655(NurFaten bt Yusof)

Dgn Nama ALLAH Yg Maha Pengasih
Assalamualaikum Sahabat.

Olivia Nur Maisara,seorang srikandi syurga yg hebat bertarung menentang keperitan hidup sejak diusia bayi.Segalanya berpunca dari satu kesilapan dimana akhirnya anak kecil ini terpaksa menanggung derita penyakit Hydrocephalus (lebihan cecair di kepala) yg menyebabkan kepala Nur makin membesar dari hari ke hari.


Nur adalah nama panggilan buatnya, anugerah teristimewa buat Puan Nurfaten Yusoff.Nur merupakan adinda bongsu kpd 5 beradik.Usia Nur kini sudah menginjak 1 tahun 8 bulan pada awal kelahirannya normal seperti bayi2 lain.Tetapi hasil pemeriksaan kesihatan terhadap Nur telah menunjukkan ada sesuatu yg pelik dibahagian kepala Nur.

Kononnya Nur mempunyai cairan yg berlebihan dibahagian kepala.Pada usia Nur baru mencecah 2 minggu,Doktor menyarankan agar pembedahan utk membuang lebihan cecair itu dilakukan secepat mungkin utk mengelakkan Nur dari penyakit ini.Pada ketika itu Puan NurFaten menganggap saranan Doktor adalah yg terbaik buat Nur.Maka dengan persetujuan,satu pembedahan telah dijalankan dengan harapan Nur akan sihat dan dapat melalui kehidupannya seperti kanak2 lain.Namun,entah bagaimana telah berlakunya kesilapan sewaktu pembedahan yg telah mengundang penderitaan buat Nur.Tahap kesihatan Nur makin kurang stabil dan akibat kesilapan itu kepala Nur menjadi semakin besar.Ukur lilit kepala Nur makin bertambah hingga menjadi tidak normal.Puan NurFaten semakin dilanda kerisauan dan fobia utk meneruskan rawatan Nur di hospital.Cukupla dgn satu kesilapan yg lalu,Puan NurFaten tidak mahu lagi mengambil risiko buat kali ke 2.


Perjuangan Nur dan ikhtiar tidak akan terhenti meski tiada lagi rawatan di hospital.Puan NurFaten nekad utk mencuba rawatan alternatif melalui kaedah Homeopathy utk Nur.Setakat ini mereka sudah merantau ke setiap pelosok daerah dan negeri utk mendapatkan rawatan Homeopathy yg terbaik buat Nur dan terdapat satu pusat rawatan Homeopathy yg mampu memberi impak

perubahan buat Nur terletak di negeri Perak.Keluarga ini yg menetap di Kluang,Johor harus merentasi beberapa sempadan negeri dan ianya memerlukan kos yg agak tinggi.Saya difahamkan kos sekali perjalanan menelan belanja sekurang-kurang rm1500-rm2000.

Pada peringkat awalnya mgkin ianya bukan satu masalah bagi mereka tetapi lama-kelamaan kekangan itu kian terasa.Simpanan mereka juga semakin berkurangan.Selain itu Nur juga memerlukan hampir rm1000 sebulan utk barang keperluannya seperti pampers dan susu khas.Akibat dari kekangan ini,keluarga ini seakan mahu berputus asa.


Saya sebagai sahabat kpd Puan NurFaten tidak sanggup melihat perjuangan mereka terhenti separuh jalan.Jadi,saya dgn rendah hati merayu kpd anda semua agar sama2 dapat membantu Nur.Mungkin dgn seringgit kita mampu memberi sinar buat Nur.Niat saya bukanlah ingin mengambil kesempatan diatas sifat dermawan anda.

Saya hanya sebagai perantara kerana saya percaya akan rezeki yg Allah telah tetapkan buat hambaNya.Saya dahulukan dgn Syukur Alhamdulillah krn Allah telah menemukan saya dgn sahabat2 dermawan yg tidak pernah jemu menyokong membela nasib ank2 syurga.Sesungguhnya kalian juga insan terpilih.


0 comments:

Post a Comment