Searching...
Saturday, July 25, 2015
1:35 PM 0

AMAT KEJAM !! Lelaki bertopengkan iblis rogol bayi 3 bulan di Hari Raya


Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan lapan hari disyaki menjadi mangsa cabul seorang lelaki dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Rhu Muda, di sini, pada Ahad lalu.

Kejadian berlaku ketika bayi terbabit ditinggalkan keluarga di rumah milik saudara keluarga mangsa ketika berhari raya, sebelum masing-masing keluar bermain di pantai berhampiran, pada jam 5 petang.

Menurut sumber, ibu mangsa menyedari kejadian menimpa anaknya apabila mahu memandikan bayi terbabit ketika berada di rumahnya di Kampung Binjai, Kemaman pada jam 8.30 pagi keesokannya.

“Ketika memandikan bayi berkenaan, wanita terbabit mendapati ada kesan kemasukan objek pada kemaluan anaknya sebelum membawa ke klinik untuk pemeriksaan sebelum dirujuk ke Hospital Kemaman.

“Mengesyaki sesuatu berlaku terhadap bayi itu menyebabkan hospital menghubungi polis bagi siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Chukai.

Katanya, siasatan yang dijalankan susulan .laporan itu membantu pihaknya menahan seorang lelaki.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Lelaki terbabit yang baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) ditahan di rumahnya di Kampung Rhu Muda, kelmarin.

“Sehingga kini, kami masih menjalankan siasatan termasuk menunggu laporan lengkap pemeriksaan daripada hospital,” katanya.


0 comments:

Post a Comment