Erkkk bukan nak suruh anda semua bawa masuk jin, tetapi untuk elakkan ianya berlaku.
Sebenarnya, SS pernah tampilkan entri hampir sama sebelum ini, tetapi sekadar entri usik mengusik. Kali ini SS berikan point perkara-perkara atau perbuatan yang boleh undang jin masuk rumah.
5 Perbuatan Anda Ini Telah Menjemput Jin Masuk Ke Dalam Rumah Tanpa Disedari.
Biarkan rumah anda bersawang
Selalunya sawang ini terbentuk di penjuru-penjuru rumah. Dan semakin ia teruk bersawang, maka makin gemarlah jin untuk melepak di situ. Maka bersihkan rumah anda dari sawang, samada yang kelihatan di mata mahupun tersembunyi.
Punyai barang atau milikan dari sumber jin
contohnya batu serai atau kulit kerang dari laut. Ia mungkin dimiliki oleh jin yang cuba memperdaya manusia. Awas dengan apa yang anda miliki. Pendapat sesetengah bahawa batu serai punyai khasiat tertentu adalah salah.
Asap
Rumah yang banyak asap boleh undang jin kerana makanan jin adalah asap. Kalau memasak, pasanglah penyedut asap atau elakkan membakar sesuatu yang mengeluarkan asap di dalam rumah. Rokok misalnya tidak terkecuali.
Tulang temulang haruslah dilupus dan dibuang
Setiap kali anda makan buanglah ia ke tempat seharusnya. Ada setengah pendapat, tulang-tulang haiwan berdarah seeloknya ditanam. Pelajari dan lihat tingkah laku anjing, ia tanam tulang dalam tanah ...kerana mata anjing boleh melihat jin yang cuba ambil tulangnya.
Masuk rumah tanpa memberikan salam
Sesetengah pendapat menyatakan apabila kita terlupa hendak memberikan salam apabila masuk ke dalam rumah, jin akan masuk ke dalam rumah bersama kita.
Okeh. Harap ini membantu kepada yang mencari info mengenainya. Nanti HH akan kongsikan kepada anda tentang bagaimana kaedah untuk bertemu orang bunian ...hehehe... erkk macam bomoh la pulak ...
Awas, jangan lakukan perbuatan syirik dan menyekutukan Allah.
0 comments:
Post a Comment