Searching...
Friday, January 8, 2016
4:49 PM 0

“Tahun Ini, Fokus Utama Adalah Untuk Dapat Zuriat” - Siti Nurhaliza

Mengakui tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar buat dirinya, penyanyi Siti Nurhaliza menjelaskan bahawa dia mahu lebih fokus untuk hamil pada tahun ini selain mengehadkan pembabitannya dalam bidang nyanyian.

“Jika ditanya apakah harapan Siti untuk tabun ini pastinya fokus utama adalah untuk mendapatkan zuriat. Apa yang berlaku tahu lalu mengagajar Siti untuk lebih berhati-hati. Siti anggap ia satu peringatan TUhan supaya lebih menjaga kesihatan diri”

“Ketika mula-mula Siti Hamil, ia adlah sesuatu uang di luar jangkaan dan waktu itu Siti sedang giat menjalani latihan untuk konsert. Takkanlah Siti hendak batalkan konsert berkenaa memandangkan persiapannya sudah banyak dibuat”

“Sebagai persediaan ke arah itu (mendapatkan anak), Siti kena banyak berehat dan maknanya tiada konsert besar untuk tahun 2016,” jelas Siti kepada BH Plus. Bagaimanapun penyanyi ini masih akan menerima tawaran persembahan untuk skala kecil.

Semoga apa yang diharapkan oleh Siti Nurhaliza akan menjadi kenyataan malah dalam masa yang sama dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan keluarga tersebut. Peminat pastinya tidak sabar untuk menantikan berita gembira daripada Siti kali ini.

Sumber: Rotikaya







0 comments:

Post a Comment