Jadi, apa agaknya rahsia dan tips supaya dapat maintain slim dan jelita macam Kajol? Nah, Shai Samsuri ada nak sahre dengan korang ni!
Kajol yang sentiasa disanjungi kerana bakat dan kecantikannya dalam dunia Bollywood telah membawa transformasi yang menakjubkan pada tubuhnya. Walaupun menjadi seorang ibu kepada dua orang anak muda, beliau telah berjaya mentransformasikan diri kepada seorang wanita yang nampak sihat dan fit. Hanya dalam tempoh enam bulan, dia telah berjaya menurunkan berat badan yang banyak. Tengok gambar tu. Bagaimana dia berbuat demikian? Nah, mari kita mengetahui bagaimana diva ini berjaya menurunkan berat badan begitu banyak!
Kajol mengamalkan diet yang sihat dan rejim kecergasan yang ketat. Jurulatih kecergasan peribadi beliau adalah Shereveer Vakil. Beliau telah menjalani latihan bersama Kajol sejak 3 tahun yang lalu. Menurut beliau, dedikasi adalah kunci di belakang kecergasan Kajol ini. Beliau telah secara konsisten menjalankan latihan dan telah mengambil rehat hanya selepas kelahiran anak kedua, Yug. Vakil percaya dalam latihan kekuatan dan berasa bahawa wanita perlu kuat seperti lelaki. Kajol percaya dengan konsep ini.
Rutin Senaman Kajol
Tidak seperti apa yang kebanyakan orang berfikir, latihan Kajol merupakan senaman beban yang sangat mudah dan asas. Walaupunbegitu, senaman adalah berintensiti tinggi. Latihan bertumpu kepada latihan kekuatan. Dia bersenam selama 2 jam setiap hari. Sekiranya dia ada “shooting”, jurulatih beliau akan mulakan latihan seawal 5:45. Dan Kajol akur dan bersemangat dengan rutin ini. Vakil mengatakan bahawa dia mengangkat lebih berat berbanding lelaki! Senaman kegemarannya adalah ‘Deadlif’ dan ‘Squats’ dengan beban 70kg. Dia juga mampu melakukan 200-300 ‘push ups’ !!! Menakjubkan, bukan? Tujuannya adalah untuk mengekalkan jisim otot tanpa lemak.
Rutin Pemakanan Kajol
Jurulatih Kajol yang percaya dalam membina ketahanan dengan pemakanan sihat. Dia tidak suka berdiet kalori yang terlalu rendah, atau pun melaparkan diri. Kajol gemar makan protein berkualiti tinggi daripada pelbagai sumber seperti ayam, ikan, paneer, telur dan kacang. Dietnya mempunyai serat, lemak sihat, gula yang rendah dan tiada makanan ringan sama sekali. Pemakanan ditukar mengikut tahap dia menggunakan tenaga, rancangan perjalanan, jadual penggambaran dan perubahan bermusim.
Dia tidak merokok. Dia tidak minum minuman beralkohol. Dia tidak ber’party’ sehingga lewat malam. Dia tidak pernah telah memilih pil pelangsingan atau produk penurunan berat badan dalam apa jua bentuk. Beliau telah berjaya mengurangkan 18 kilo tanpa apa-apa shortcut. Dia sangat cerewet dengan pemakanan dan jumlah air yang diminum setiap hari.
Keazaman Dan Semangat Kajol
Vakil menyatakan bahawa Kajol semakin kuat. Beliau mengatakan bahawa ia adalah satu mitos bahawa seseorang itu perlu ‘relax and let go’ bila meningkat usia. Jika anda sedang mengamalkan pemakanan yang betul dan rutin senaman yang konsisten, anda boleh berjaya seperti Kajol. Kajol sangat berdisplin tentang senaman beliau. Dia tidak membenarkan walaupun anak-anak beliau Nysa dan Yug mengganggu beliau semasa waktu senaman.Vakil juga mengatakan bahawa Kajol tidak pernah bosan, dan dia boleh ‘workout’ selama berjam-jam. Beliau mempunyai jumlah tenaga yang begitu banyak.

0 comments:
Post a Comment