Daily Mail melaporkan, menurut akhbar Blic, Ahmed tiba dengan seorang lagi penyerang dari Greece sebelum ke Paris, 3 Oktober lalu.
Polis berkata, kedua-dua lelaki yang tiba di Greece bulan lalu, adalah antara tujuh penyerang berusia semuda 15 tahun.
Polis Perancis juga sudah mengenal pasti seorang lagi penyerang sebagai Omar Ismael Mostefai, 29, rakyat negara itu.
Media Perancis melaporkan dua daripada penyerang membawa pasport Syria dan seorang lagi mungkin pasport Mesir. - Dailymail
Sementara itu, Perdana Menteri Perancis Manuel Valls mengesahkan 103 mayat mangsa rangkaian serangan di Paris sudah dikenal pasti manakala 20 hingga 30 lagi masih menunggu pengesahan identiti.
Menurutnya, identiti mangsa yang belum dikenal pasti dijangka diperoleh dalam masa beberapa jam.
“Ini bukan mangsa tanpa nama. Mereka ada kehidupan namun menjadi sasaran ketika menghabiskan malam yang tenang di kafe atau konsert.
“Tiada pakar psikologi, doktor dan sukarelawan boleh menenangkan keluarga mangsa,” katanya ketika menemui keluarga mangsa di Ecole Militaire, pusat krisis yang diwujudkan untuk keluarga mangsa.
Menurutnya, kerajaan akan mempercepat proses dokumentasi serta memudahkan urusan berkaitan.

0 comments:
Post a Comment