Hao Dongdong yang berusia 15 tahun mengenakan topeng berkepala lembu dan duduk di sekitar Hefei, China dan menawarkan diri untuk menjadi tunggangan.
Menurut Dongdong, dia meraih lebih kurang 200-300 Yuan dan hanya akan pulang ke rumah apabila hari hujan.
"Ayah saya memerlukan 5000 Yuan setiap bulan untuk rawatan perubatan. Adik-beradik saya perlu pergi ke sekolah. Saya tidak mempunyai kad pengenalan untuk bekerja jadi saya perlu mengemis."
Bapanya berusia 54 tahun itu mula lumpuh sejak setahun lalu selepas mengalami kemalangan pada 2014. Akibat dari kecederaan teruk, keluarga telah berhutang hampir berpuluh-puluh Yuan untuk perubatan.
Tiga bulan selepas itu, ibunya meninggalkan keluarga dan tidak dapat dikesan semenjak itu.
Dongdong yang merupakan anak sulung daripada tiga adik beradik terpaksa berkorban dengan mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan mengemis.

Pada mulanya dia hanya melutut di jalan raya dan menunggu sumbangan tetapi baru-baru ini dia mula memakai topeng lembu selepas orang asing yang baik hati memberinya idea.
Malah, Dongdong menjerit "Saya bersedia untuk menjadi lembu tunggangan anda dan anda boleh menaiki saya. 5 Yuan untuk satu perjalanan."
Malah, Dongdong menjerit "Saya bersedia untuk menjadi lembu tunggangan anda dan anda boleh menaiki saya. 5 Yuan untuk satu perjalanan."
0 comments:
Post a Comment