Memetik sumber dari sebuah portal Mylaunchpad, di bawah kami senaraikan beberapa artis yang pernah (atau masih) bertemu jodoh dengan kerabat diraja. Ikuti sepenuhnya artikel di bawah:
1. Norizan dan Sultan Yusof (Sultan Perak)
Antara kisah klasik perjalanan percintaan antara selebriti dan kerabat diraja. Perkahwinan aktres terkenal sekitar tahun 50an ini dengan Sultan Yusof mengangkatnya sebagai Permaisuri Perak untuk beberapa ketika. Namun jodoh mereka berakhir dengan perceraian.
Sebentuk cincin biru yang kini disimpan di Arkib Negara Malaysia adalah antara kenangan cinta Sultan Yusof kepada Norizan ketika kasih mereka bertaut.
2. Maria Menado dan Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang)
Primadona filem Melayu ini dahulunya pernah digelar Grace Kelly Malaysia, setelah bertemu jodoh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar. Sebaik mendirikan rumah tangga, beliau membuat keputusan meninggalkan dunia lakonan dan mengakui tidak pernah menyesal dengan keputusan itu.
Perkahwinan Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tengku Norashikin, Tengku Idris dan Tengku Baharuddin. Cinta mereka dibawa hingga ke akhir hayat baginda, yang mangkat pada tahun 1974.
3. Rafeah Buang dan Tengku Asmawi (kerabat diraja Pahang)
Rafeah dikenang sebagai isteri yang sangat setia dan tidak pernah bersikap meninggi diri biarpun hidup diselimuti kemewahan dan kebahagiaan. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan Tengku Ahmad Ashraff, Tengku Khairil Ashraf dan Tengku Amirul Ashraf serta seorang anak angkat, Nurul Iman Saleha.
Tengku Amirul Ashraf bagaimanapun meninggal dunia pada 1993 ketika berusia 11 tahun akibat kemalangan jalan raya.
4. Mazuin Hamzah dan Pengiran Sufri (adinda Sultan Brunei)
Selain kisah cinta Mazuin dan Sufri mendapat liputan meluas di media, majlis pernikahan pasangan berkenaan yang diadakan di Istana Brunei juga diperkatakan sehingga bertahun-tahun lamanya.
Namun ikatan yang dibina pada tahun 1987, putus jua sekitar tahun 2003. Hasil daripada perkongsian hidup Mazuin dan Pengiran Sufri selama 16 tahun telah dikurniakan dengan tiga orang cahayamata iaitu seorang Putera YAM Pengiran Muda Abdul Khaaliq dan dua puteri, YAM Pengiran Anak Ajeerah Firdausul Bulqiah dan YAM Pengiran Anak Raafiah Amalul Bulqiah.
5. Azreen dan Tengku Kamaruzzaman (kerabat diraja Pahang)
6. Fauziah Latif dan Tengku Budriz (cucunda Almarhum Sultan Selangor)
Perkahwinan di saat-saat kegemilangan nama Fauziah Latif dalam industri, sayangnya tidak dapat bertahan lama.
7. Julia Rais dan Tengku Abdullah (Tengku Mahkota Pahang)
7. Julia Rais dan Tengku Abdullah (Tengku Mahkota Pahang)
8. Azrinaz Mazhar Hakim dan Sultan Hassanal Bolkiah (Sultan Brunei)
Dikurniakan dua cahaya mata, Putera ‘Abdul Wakeel Bolkiah dan anak bongsu Sultan Brunei, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah; namun perkahwinan pasangan ini tidak dapat bertahan apabila bercerai pada tahun 2010.
Sumber: Akubest2015
Sumber: Akubest2015
0 comments:
Post a Comment