Penuntut perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis ditemui meninggal dunia dalam bilik air di sebuah kolej kediaman universiti itu, semalam.
Syarafina Mansor, 18, penuntut Diploma Sains Dari Fakulti Sains Gunaan ditemui terbaring dalam bilik air oleh rakan sebiliknya, pada kira-kira 2 petang.
Rakannya itu dikatakan keluar mencari Syarafina apabila curiga mangsa tidak pulang semula ke biliknya selepas keluar untuk pergi mandi.
Rektor UiTM Perlis, Pr0f Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman, berkata mangsa sebelum itu pergi ke tandas di kolej kediaman itu untuk mandi pada 12 tengah hari.
"Namun, apabila mangsa tidak pulang selepas dua jam berikutnya, rakan sebiliknya bertindak memeriksa tandas itu dan menemui Syarafina sudah terbaring,” katanya ketika dihubungi Harian Metr0...
Beliau berkata, rakannya kemudian memanggil kakitangan pengurusan kolej kediaman itu sebelum membawa mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, menggunakan ambulana milik Pusat Kesihatan UiTM Perlis.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor di hospital pada 3.20 petang semalam. Proses bedah siasat yang dilakukan mendapati tiada sebarang kecederan pada badan mangsa sebaliknya mangsa meninggal dunia akibat pendarahan dalam kepala," katanya.
Beliau menjelaskan berdasarkan temubual dengan rakan mangsa, mereka mengakui bahawa Syarafina sering mengadu mengalami sakit di kepala sehingga kadangkala tidak dapat pergi ke kelas.
"Jenazah mangsa yang juga anak yatim piatu dibawa ke Bukit Jenun, Pendang di Kedah untuk dikebumikan hari ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ku Yaakob Ku Hamad, mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian yang tiada unsur jenayah.
0 comments:
Post a Comment