Searching...
Thursday, September 24, 2015
9:10 PM 0

6 Gambar paling mengerikan...!! Ini punca sebenar kejadian menyayat hati rempuhan Mina membunuh 453 orang


Dari Astroawani :-

Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat ke 453 orang, lapor Jabatan Pertahanan Awam Saudi di akaun rasmi Twitter agensi itu.

Dalam laporan itu turut memberitahu, jumlah umat Islam yang cedera di Mina adalah 719 orang.

Buat masa ini, warga Astro AWANI masih cuba mendapatkan pengesahan dari Tabung Haji dan mana-mana agensi berkaitan untuk mengetahui jika ada warga Malaysia yang terlibat dalam rempuhan itu.

Lebih 220 ambulans dan 4,000 anggota penyelamat dikejarkan ke tempat lontaran itu bagi membantu mereka yang cedera.

Jabatan Pertahanan Saudi dalam satu tweet melaporkan pasukannya telah berada di situ untuk menenangkan dan mengasingkan jemaah haji kepada beberapa kumpulan untuk ke laluan alternatif.

Dua minggu lalu seramai 110 orang terkorban di Masjidil Haram, Mekah selepas sebuah kren tumbang dan menimpa sebilangan besar jemaah haji di situ.

Kejadian dipercayai berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir kira-kira 4.30 petang, waktu tempatan sejurus umat Islam selesai menunaikan solat Asar.

Kren tersebut tumbang berhampiran pintu As Salam dan menimpa bangunan Sa'ie.

Sebahagian daripada rangka kren tersebut juga jatuh di bangunan Sa'ie, yang berdekatan Mataf.


Dari mStar :-

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden rempuhan di Mina pada Khamis.

Perkara itu dimaklumkan beliau pada sidang media susulan berdasarkan semakan yang dibuat oleh Tabung Haji (TH) ke atas tujuh maktab yang menempatkan jemaah haji Malaysia dan pengelola-pengelola jemaah bagi 15 syarikat swasta dan Tabung Haji Travels.

"Selepas membuat semakan, tiada jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden rempuhan. Alhamdulillah," katanya pada sidang media di Makkah pada Khamis.

Terdahulu, Asyraf pada sidang media pertama memaklumkan tiada jemaah Malaysia terlibat kerana masa dan lokasi kejadian bukan seperti yang ditetapkan Tabung Haji (TH) namun semakan bagi pengiraan jemaah sedang dilakukan.


Setakat ini, kira-kira 453 jemaah maut dan 719 lagi cedera ketika bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar kota suci Makkah.

Kejadian itu berlaku di Jalan 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Terdahulu Jadual melontar jemaah Malaysia dijadualkan dan ditetapkan pada pukul 5.30 petang dan 8 malam secara berperingkat. Kejadian ini berlaku pada waktu puncak (waktu Dhuha).

Asyraf berkata, pasukan peronda TH sedang berada di Kompleks Jamrah bagi memantau situasi semasa dan memastikan pergerakan jemaah Malaysia.

"Bagi memastikan kejadian ini tidak berlaku berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas, kita menempatkan lapan pos yang mana petugas dan peronda TH ditempatkan untuk memastikan tiada jemaah Malaysia yang melontar di luar kawasan," katanya.

Insiden rempuhan itu merupakan kali kedua berlaku sejak 2006, yang menyaksikan 346 jemaah haji terkorban ketika menunaikan ibadah melontar.

Ketika ini kira-kira dua juta orang kini mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi.

Sebelum ini, dua tragedi berlaku di Makkah, iaitu kren tumbang di Masjidil Haram dan insiden kebakaran di tingkat lapan Hotel Al Azizyiah juga di Tanah Suci.

Kejadian kren tumbang mengorbankan tujuh jemaah Malaysia, manakala 10 yang lain cedera.

Dalam kejadian 5 petang pada 11 September lalu, lebih 100 jemaah haji terkorban manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram, selepas umat Islam selesai mengerjakan solat asar.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut pasir di kawasan Masjidil Haram yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pembesaran.

Bagaimanapun, kejadian kebakaran hotel itu tidak membabitkan jemaah Malaysia.






0 comments:

Post a Comment