Difahamkan, dalam kejadian jam 1 pagi itu mangsa yang berusia 39 tahun meminta pertolongan seorang lelaki yang tidak dikenali untuk menghantarnya ke rumah saudara di Kampung Jangkar....
Sumber polis berkata, lelaki itu bersetuju menghantar mangsa dengan menaiki motosikal sebelum suspek bertindak luar dugaan apabila membawa wanita terbabit ke lokasi lain sebelum berhenti di kawasan tanah perkuburan di Kampung Biawak....
“Mangsa diugut akan dipukul dengan kayu jika enggan mengikut arahan, dan dalam pada itu seorang lagi rakan suspek sudah menunggu di kawasan terbabit. “Akibat takut dengan ugutan itu, mangsa terpaksa akur kemudian dirogol kedua-dua lelaki berkenaan bergilir-gilir,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.....
Menurut sumber lagi, akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada, lengan dan paha akibat tindakan ganas dua lelaki terbabit....
Katanya, berdasarkan siasatan awal mangsa baru pulang dari rumah rakannya sebelum bertemu dengan suspek pertama dan meminta pertolongan untuk menghantarnya pulang ke rumah saudara berikutan sudah lewat malam....
“Pemeriksaan forensik dilakukan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sudah mengambil beberapa sampel daripada mangsa dan mendapati tiada kecederaan baru di bahagian kemaluan mangsa....
“Polis masih lagi mengesan kedua-dua suspek dalam kejadian itu termasuk saksi dan tiada tangkapan dilakukan sehingga semalam,” katanya....
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lundu Deputi Superintendan Wong Chee Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.
0 comments:
Post a Comment